Wednesday 9 March 2016

MUKA DEPAN


KOD KURSUS : DUA 2012
NAMA KURSUS :  SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
NAMA PENSYARAH :  USTAZ SUFFIAN BIN MOHD FABILAH
PROGRAM : DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
JABATAN : JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
KELAS : DEE 2A
KONSEP KAEDAH FIQH DAN 3 PERANAN KAEDAH FIQH


NAMA
NO.MATRIK
ZUL HAIRI BIN NASRUL
25DEE15F1005
MUHAMMAD RUZAIMI BIN TALIB
25DEE15F1022
MUHAMMAD ARIS BIN M MUCHLIS
25DEE15F1030
MUHAMMAD IKHMAL HAFFIZ BIN MD JAFFAR
25DEE15F1028





SESI  DISEMBER 2015

ISI KANDUNGAN



1.      PENGHARGAAN                                                                                                   


2.      PENDAHULUAN                                                                                                    


3.      ISI-ISI PERBINCANGAN                                                                                      
3.1          Konsep Kaedah Fiqh
3.2          3 Peranan Kaedah Fiqh
3.3          Aplikasi Qawa’id Fiqhiyah dalam Sains dan Teknologi
3.4          Isu-isu Fiqh
3.4.1            Ilmu
3.4.2            Akidah
 4.      KESIMPULAN                                                                                                        

            BIBLIOGRAFI
            LAMPIRAN

1. PENGHARGAAN


Bismillahirahmanirahim..

Assalammualaikum w.b.t dan bersyukur kepada Allah SWT dengan limpah rahmatNya serta selawat ke atas Nabi Muhammad SAW  penghulu segala Nabi kerana kami dapat menyelesaikan projek ini dengan penuh jayanya. Alhamdulillah dengan dipermudahkan segala urusan oleh Allah maha berkuasa, segala tugasan telah siap dengan sempurna. Walaupun banyak halangan dan kekurangan ilmu tentang tajuk diberkan, namun kami tetap  melakukan dengan setulus hati.

      Pertama sekali kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah kami, Ustaz Suffian Bin Mohd Fabilah kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini d dalam. Tanpa tunjuk ajar beliau secara menasihati dan memarahi, kami tidak dapat melakukan dengan baik dan teliti. Beliau telah memberi kami tajuk untuk membuat blog ini. Kami kumpulan 5 dari kelas DEE2A  telah diberikan tugasan yang bertajuk Konsep Kaedah Fiqh dan 3 Peranan Kaedah Fiqh.

     Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan projek ini. Mereka telah  memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga kami berjaya menghabiskan tugasan ini. Walaupun tidak lagi disisi mereka, namun mereka sentiasa mendoakan untuk anakandanya menyiapkan tugasan dengan mudah.   Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada ahli kumpulan kami yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka memberikan kerjasama yang baik dalam menghasilkan projek ini.  Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya ajukan kepada mereka.


      Walaupun mempunyai kekangan masa, kami dapat menyelesaikan blog yang telah amanahkan dengan tempoh yang diberikan. Selain dari itu, kami memperoleh pelbagai ilmu sepanjang kami menyiap tugasan ini. Ilmu fiqh ini terlalu meluas kerana terdapat kaitan dengan ilmu, akidah, syariah dan akhlak. Oleh sebab itulah, banyak ilmu pengetahuan yang kami perolehi dari penyelidikan dan pembacaan bagi menyelesaikan tugasan blog kami. Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan projek ini. Terima kasih.

2. PENDAHULUAN


      Kami dari kumpulan 5 akan menjelaskan secara umum tentang tajuk Konsep Kaedah Fiqh dan 3 Peranan Kaedah Fiqh. Sebelum itu, antara ahli kumpulan kami ialah terdiri daripada Muhammad Aris Bin M Muchlis, Muhammad Ruzaimi Bin Talib, Zul Hairi Bin Nasrul dan Muhammad Ikhmal Haffiz Bin Md Jaffar. Kami berjaya menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Memang agak menyukarkan, namun untuk berjaya mestilah dimulakan dengan usaha. Tanpa usaha tidak akan dapat apa yang dimahukan.
       
           Secara umumnya, tajuk yang diberikan memang meluas dan skop yang banyak. Seterusnya, menerangkan pengertian Kaedah Fiqh. Selain itu, membincangkan peranan kaedah fiqh dalam sains, teknologi dan kejuruteraan. Kajian juga menunjukkan Fiqh merupakan ilmu yang mengkaji mengenai hukum yang terdapat pada setiap mukallaf yang diambil dari dalil-dalil yang terperinci. Oleh itu, setiap mukallaf perlu juga memahami mengenai ruang lingkup yang dikaji dalam fiqh termasuk di dalamnya objek yang dikaji.
      
            Kaedah Fiqh adalah suatu ilmu yang berkaitan penjelasan tentang hukum-hakam yang umum. Kaedah fiqh boleh ditakrifkan sebahai hukum syarak secara keseluruhan yang merangkumi pelbagai masalah hukum fiqh. Para ulama’ telah memperkenalkan kaedah fiqh bagi menyelesaikan permasalahan-permasalahan saban hari. Antaranya ialah kesukaran membawa kemudahan.

            
            Kesukaran akan menjadi sebab kepada keringanan dan dipermudahkan berdasarkan kaedah ini iaitu kesukaran yang melampaui had biasa dan tidak mampu ditanggung oleh manusia pada biasanya, bahkan boleh memudaratkan diri seseorang serta menghilangkan dari melakukan kerja amal.

3. ISI-ISI PERBINCANGAN


3.1     Konsep Kaedah Fiqh

Terdapat pelbagai pentakrifan menurut pandangan ulama dahulu dan sekarang, Kaedah fiqah ialah gabungan daripada dua perkataan bahasa Arab, iaitu qawaid dan fiqh. Qawaid  daripada kata jamak qaidah  yang bermaksud asas rumah, tapak atau prinsip (Zulekha Yusoff, 2011). Perkataan kedua iaitu fiqah  ialah kumpulan kaedah atau formula bagi menentukan hukum sesuatu perkara atau isu.

Menurut istilah syarak pula, kaedah fiqh ialah sesuatu hukum yang secara umumnya terpakai kepada kebayakan masalah-masalah cabang. Dalam istilah perundangan pula, kaedah fiqah disebut sebagai ‘principle, namun dibentuk dalam perkataan yang amat ringkas dan padat di samping mempunyai makna yang luas bagi mencakupi semua masalah cabang atau furu’ yang berkaitan dengannya. Furu’ membawa maksud prinsip-prinsip fiqah yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang mengandungi hukum umum bersesuaian dengan bahagian-bahagiannya. Sebahagian ulama mentakrifkan kaedah fiqah sebagai kaedah-kaedah hukum bersifat umum yang diambil daripada dalil-dalil al-Quran dan hadis. Kaedah-kaedah tersebut menjadi asas kepada kaedah yang dapat disesuaikan dengan semua juz’iyyah atau menjadi cabang dalam perbahasan ilmu fiqah sahaja.

Oleh itu, qawaid fiqhiyyah ialah kaedah fiqah dalam perundangan Islam yang menjadi asas untuk memahami dan mengembangkan fiqah Islam tentang kaedah hukum. Kaedah fiqah ini dilaksanakan selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW dan segala hukumnya tidak ada pembatalan lagi. Namun, kaedah ini memerlukan jalan-jalan hukum yang berbentuk luas dan mencakupi pelbagai bidang untuk membuka peluang manusia menggunakan akal yang berpandukan nas supaya mereka berijtihad. Qawaid fiqhiyyah yang terdapat dalam Fiqh Islami bukan dicipta secara sekali gus seperti terbentuknya undang-undang yang digubal oleh pihak tertentu, tetapi pemahamannya berupa teks atau nas-nasnya yang digubal secara beransur-ansur ketika ilmu fiqah sedang berkembang pesat sekitar kurun ketiga dan keempat Hijrah oleh tokoh-tokoh ulama daripada beberapa mahab dalam kalangan ahli Takhrij (ahli yang tidak mampu ijtihad tetapi mempunyai kefahaman seperti imam al-Razi dan lain-lain).

Qawaid Fiqhiyyah diwujudkan secara musyawarah (perbincangan), percubaan dan penggilapan oleh tokoh-tokoh agung para fuqaha daripada pelbagai mazhab ketika mendapatkan alas an dan dalil. Keistimewaan kaedah fiqah ialah teksnya yang dibentuk dan disusun dalam beberapa kalimah ringkas dan padat dalam lafaz umum. Sungguhpun ringkas dan padat, maknanya sangat luas dan mencakupi cabang-cabang masalah yang terperinci. Kaedah fiqah tidak merangkumi kesemua masalah yang tertentu kerana boleh dikatakan hampir setiap kaedah itu tidak boleh dipakai dalam masalah-masalah tertentu yang dikecualikan daripadanya atas sebab-sebab tertentu (Mohd Salleh, 1999). Kesimpulannya, kaedah fiqah merupakan suatu kaedah dalam undang-undang Islam yang disusun oleh para ulama dan fuqaha agar menjadi asas untuk memahami dan mengembangkan fiqah Islam.

3.2        3 Peranan Kaedah Fiqh

Menurut buku Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam (2015), tiga peranan kaedah fiqah dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan iaitu:

                                  i.     Memudahkan pemahaman terhadap hukum-hakam untuk diguna pakai dalam persoalan sains teknologi dan kejuruteraan.

  Kaedah fiqah telah menetapkan formula teras atau asas untuk diguna pakai sebagai rujukan sebelum memulakan sesuatu penyelidikan. Setiap persoalan baharu yang timbul dalam kajian sains, teknologi dan kejuruteraan boleh dirujuk kepada al-Quran dan hadis serta kaedah fiqah bagi menentukan sesuatu hukumnya yang timbul. Hal ini menunjukkan bahawa kaedah fiqah adalah sebagai garis panduan kepada para saintis dan teknokrat dalam melaksanakan uji kaji mereka. Justeru, segala ciptaan dan inovasi yang dihasilkan sebenarnya menjurus kepada kaedah fiqah.

                                ii.     Membantu manusia khususnya para saintis, teknokrat dan jurutera untuk menyelesaikan persoalan yang melibatkan isu-isu dalam bidang sains teknologi dan kejuruteraan.

  Kaedah fiqah telah membantu saintis, teknokrat dan jurutera untuk mengenal pasti dan menyelesaikan isu dalam operasi mereka. Isu-isu dalam sains teknologi dan kejuruteraan mampu ditangani melalui panduan kaedah ini supaya perasi dalam penyelidikan dan inovasi mendapat keberkatan Allah SWT.Justeru,dengan adanya kaedah fiqah ini,para saintis dan golongan teknorat akan dapat mengatasi masalah kesulitan manusia dan membantu menyelesaikan masalah fiqah yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini.

                              iii.     Menyediakan keperluan hukum-hukum yang menyeluruh bagi menangani isu-isu kecil dalam bidang sains teknologi dan kejuruteraan

  Hukum-hukum yang sudah ditetapkan dalam kaedah fiqah sangat sesuai ntuk menjawab segala persoalan tentang cabang atau sampingan yang timbuk dalam perkara berkaitan bidang sains teknologi dan kejuruteraan .Isu-isu yang berkaitan sains teknologi dan kejuruteraan amat luas dan memerlukan kaedah ini bagi membantu mencari jalan keluar dan menyelesaikan masalah hukum dari sudut syarak,Pelbagai kajian,ciptaan dan inovasi telah dilakukan oleh para saujana dunia yang  memerlukan penyelesaiaan dan jawapan terhadap isu dan permasalahan yang timbul  berdasarkan hukum menurut perspektif.

3.3     Aplikasi Qawa’id Fiqhiyah dalam Sains dan Teknologi

Qawa’id Fiqhiyah menjadi panduan dalam menetukan hukum-hakam bagi sesuatu masalah yang timbul zaman ini

a)    Teknologi yang diharuskan

Penghasilan teknologi dalam dunia perubatan yang bertujuan merawat dan memulihkan kecacatan atau  tujuan menyelamatkan nyawa, maka keadaan ini adalah diharuskan. Di antara contohnya ialah:

                                                          i.     Pengklonan terapeutik (rawatan) dengan tujuan mengatasi kekurangan sel, tisu atau organ.
                                                        ii.     Teknologi genetik seperti menghasilkan bayi tabung uji dengan tujuan membantu pasangan suami mendapatkan zuriat.
                                                      iii.     Teknologi nuklear digunakan dengan tujuan mengesan penyakit.
                                                      iv.     Pembedahan plastik bina semula (reconstructive) dengan tujuan memberi kesempurnaan pada wajah yang cacat, menghilangkan keaiban diri sendiri dan mengembalikan fungsi yang telah mati.
                                                        v.     Pemindahan organ dan derma darah dengan tujuandan keadaan membantu kehidupan seseorang daripada merebak penyakitnya, menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan, semoga tidak memudaratkan penderma dan organ yang didermakan tidak menyebabakan kematian.
                                                      vi.     Penghasilan dan penggunaan teknologi senjata bagi tujuan mempertahankan maruah bangsa dan agama dan meningkat sumber ekonomi adalah diharuskan.
                                                    vii.     Teknologi yang bertujuan memberi perlindungan, kemudahan dan keselesaan kepada manusia.
 
b)   Penghasilan yang tidak diharuskan 

Penghasilan dan penggunaan teknologi ysng boleh mendorong kepada berlakunya jenyah seperti:

                                                     i.     Pembedahan plastik (komestik) bagi tujuan menukar identiti yang asal, mengelirukan masyarakat dengan membuat  perubahan pada anggota fan memudahkan melakukan jenayah.
                                                   ii.     Teknologi genetik merosakkan keturunan manusia dengan menghasilkan bayi tabung uji dengan pencantuman benih daripada sesiapa sahaja tanpa ikatan perkahwinan yang sah.
                                                 iii.     Senjata atau nuklear digunakan tujuan memerangi orang lain bagi sesuatu tujuan. Ia  juga merosakkan alam dan ekosistem.
                                                 iv.     Terhasilnya ciptaan teknologi ICT menyebabkan penyebaran fitnah, maklumat palsu dan menyediakan laman web yang tidak sihat. 

3.4  Isu-isu Fiqh

Merujuk buku Isu-isu Fiqh Halal &Haram Semasa Ilmu, Akidah, Syariah dan Akhlak (2012), terdapat 4 isu-isu fiqh antaranya:

3.4.1        Ilmu

Islam sangat menekankan penguasaan ilmu. Bagi Islam, ilmu bertindak sebagai penyuluh hidup. Orang yang tidak mempunyai ilmu, ibarat orang yang mati sebelum mati. Orang yang berilmu bererti mempunyai garis panduan kea rah kehidupan bukan untuk dirinya sahaja, bahkan kepada agama, bangsa dan negara. Ilmu bermaksud segala petunjuk yang dating dari Allah swt melalui baginda Rasulullah saw. Ilmu terbahagi kepada dua:

                                                          i.     Ilmu Masa’il
  Ilmu yang perlu kita belajar dengan ulama-ulama, guru-guru agama dan ustaz mursyid.

                                                        ii.     Ilmu Fada’il
  Kita belajar melalui buku-buku agama seperti buku Fadaill Amal iaitu hadis Nabi saw.


a)   Kelebihan atau keutamaan orang berilmu:

                                                          i.     Tidurnya seorang yang berilmu itu adalah lebih ditakuti syaitan daripada 1000 orang abid (ahli ibadah) tanpa ilmu. Orang yang keluar menuntut ilmu sama juga dengan orang yang berada dijalan Allah sehingga ia kembali.
                                                        ii.     Barang siapa yang bersusah payah untuk menuntut ilmu, maka Allah swt akan memberi kemudahan jalan menuju syurga.


3.4.2   Akidah

     Akidah dari segi bahasa bermaksud simpulan yang kukuh. Apabila disebut akidah Islam simpulan Islam yang kukuh. Akidah Islam merupakan penutup segala akidah yang turun daripada langit.

a)    Keistimewaan akidah Islam
Akidah Islam mempunyai keistimewaan yang tidak dimiliki oleh akidah-akidah yang lain iaitu:

                                                                          i.            Akidah yang jelas
Akidah Islam adalah akidah yang jelas dan sederhana dan tidak mengandungi sebarang kesukaran untuk memahaminya. Hanya Tuhan sahaja yang mencipta dan menguruskan bumi ini. Dialah menentukan segala yang berlaku di alam ini. Tuhan ini tidak ada sekutu baginya, tidak sama dengan makhluk, tidak ada tuan dan juga tidak ada anak.

                                                                        ii.            Akidah fitrah
Akidah Islam adalah yang selari dengan fitrah manusia. Ini menunjukkan Islam adalah agama fitrah dan tidak perlu kepadapengaruh daripada ibubapa. Sebaliknya agama-agama lain seperti Yahudi, Kristian dan Majusi, muncul dari hasil ajar ibubapa.

                                                                      iii.            Akidah yang mantap
Akidah Islam adalah akidah yang tetap dan tidak bertambah mahupun berkurang. Tidak ada seorang pun baik pemerintah, ahli ilmu atau pensyarah, boleh membuat sebarang penambahan.     Al-Quran menolak usaha untuk melakukan penambahan ke atas syariat.

                                                                      iv.            Akidah yang mempunyai hujah
Akidah Islam adalah akidah yang mempunyai hujah dan boleh dibawa hujah. Akidah Islam tidak pernah mengungkapkan kepada umatnya sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh sesetengah akidah yang lain: tutuplah kedua mata anda dan ikutlah saya.

                                                                        v.            Akidah pertengahan

Akidah Islam merupakan akidah yang pertengahan, antara akidah manusia yang menolak apa yang ada di sebalik alam tabi’I yang tidak dapat ditangkapi oleh pancaindera dengan akidah golongan manusia yang mensabitkan lebih daripada satu Tuhan. 

4. KESIMPULAN


Bismillahhirrahmannirrahim.

Kami bersyukur kepada hadrat Illahi kerana dengan jaya kami dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh Ustaz  Sufian Bin Mohd Fabilah kepada kumpulan kami, tajuk yang diberikan adalah “Konsep Kaedah Fiqh Dan 3 Peranan Kaedah Fiqh..Ketika masa kami menjalankan tugas kami banyak memperolehi pengajaran dan nilai, Selain itu, kami dapat memperolehi pengetahuan baru yang sebelum ini kami tidak tahu,secara tidak langsung kami berganding dan bekerjasama bagi melaksanakan tugas ini. Tanpa nasihat daripada beliau kami pasti tidak dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna dan tidak dapat menyiapkan mengikut masa yang ditetapkan.

     Selain itu,tidak lupa kepada ahli kumpulan kami yang bertungkus lumus untuk dalam menyiapkan tugasan ini.Kaedah fiqh ialah prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang mengandungi hukum yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya,sebahagian ulama’ mentakrifkan kaedah fiqh sebagai kaedah hukum yang bersifat umum yang diambil daripada dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah yang mana ia menjadi asas kepada kaedah-kaedah yang sekaligus dapat disesuaikan dengan banyak juziyyah atau cabang-cabang perbahasan dalam ilmu fiqh.

     Kaedah fiqh ialah suatu kaedah dalam undang-undang Islam yang disusun oleh para ulama ,yang berlandaskan 4 sumber iaitu al-Quran, al-Sunnah, al-Ijma dan al-Qias untuk memahami dan mengembangkan fiqh Islam tentang kaedah-kaedah hukum, ia berlaku selepas kewafatan Nabi dan segala hukum tidak ada pembatalan lagi. Permasalahan pada masa kini iaitu isu –isu  fiqh ibadah. Di dalam buku Isu-Isu Fiqh Halal & Haram Semasa Ilmu, Akidah, Syariah dan Akhlak karya Dr. Basri Bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari, ibadah adalah nama bagi segala apa yang disyariatkan Allah, sama ada berupa amalan fardu ataupun sunat, yang bertujuan untuk mengukuhkan makna pengabdian diri di dalam hati kepada Allah s.w.t. Pelaksanaan Ibadah adalah bukti kukuh kepada kebenaran seseorang hamba dalam melahirkan pengabdian diri kepada Allah. Ibadah melibatkan dua perkara penting iaitu beriltizam dengan apa yang disyariatkan Allah dan yang diseru oleh rasulNya dan pelaksanaan ibadah memerlukan kepada kecintaan dan keredaan di dalam hati.

     Antara,peranan kaedah fiqh ialah memudahkan pemahaman tehadap hukum untuk digunapakai kepada persoalan sains dan teknologi dan kejuruteraan. Contohnya,setiap persoalan yang baru dalam kajian sain teknologi dan kejuruteraan boleh dirujuk kepada kaedah fiqh bagi menentukan hukum.Peranan yang kedua,membantu manusia khususnya para saintis,teknorat dan jurutera untuk menyelesaikan persoalan yang melibatkan isu-isu sains dan teknologi,kaedah ini bagi menjadikan operasi dalam penyelidikan mendapat rahmat dan berkat Ilahi.Selain itu juga,menyediakan keperluan hukum-hukum yang menyeluruh bagi menanganu isu-isu kecil dalam sains teknologi dan kejuteraan



     Akhir kalam, dari penulis janganlah seringkali kita mentaklid buta dalam menjatuhkan hukum ataupun berfikiran jumud dalam kaedah fiqh dan peranannya,selain itu juga ,kita haruslah merujuk kepada 4 sumber iaitu al-Quran, al-Sunnah, al-Ijma dan al-Qias. Demikianlah makalah yang kami buat ini, semoga bermanfaat dan menambah pengetahuan para pembaca. Kami mohon maaf apabila ada kesalahan ejaan dalam penulisan kata dan kalimat yang kurang jelas, difahami .Kerana kami hanyalah manusia biasa yang tak luput dari kesalahan Dan kami juga sangat mengharapkan saranan dan kritik dari para pembaca demi kesempurnaan makalah ini. Sekian penutup dari kami semoga dapat diterima di hati dan kami ucapkan terima kasih yang sebesar-besarnya.

5. BIBLIOGRAFI


     Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari, Dr. (2012). Isu-isu Fiqh Semasa Halal &
             Haram. Selangor: Al-Hidayah Publication.

Jabatan Pengajian Am. Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam. Politeknik     
         Merlimau Melaka: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd Azli Adnan. (2015). Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam. Selangor: Oxford 
          Fajar Sdn Bhd.

Roziah Sidik. (2012). Pengajian Islam Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Oxford Fajar                    
           Sdn Bhd.

Zulekha Yusoff. (2009). Sains dan Teknologi dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur:   Pusat   
            Penerbitan Universiti (UPENA).